~ Laksa Kedah Sempoi ~
Bahan2:-
1. Mee Laksa
- 1 peket laksa dicelur ( bila dah msk toskan > terus cepat2 rendam dgn air paip sejuk dlm 1 minit > kemudian toskan (tujuannya nk bg mee laksa tue kekal cantik rupanya )
2. Kuah Laksa
- Bahan dikisar > bawang besar, cili kering, belacan
- 1 ulas lengkuas (diketuk)
- 3 btg serai (diketuk)
-Gantikan asam keping dgn cuka .. sebab asam keping nie nanti lama2 dia buat kuah laksa jadi pahit bila dipanaskan byk kali .. berapa byk cuka tue ikut korang nak masam macam mana .. letak cuka tue sikit demi sikit ..
- 1 ketul kiub ikan bilis sebagai perasa
3. Sayur-sayuran (dihiris halus)
- 2 batang bunga kantan
- Timun
- Salad
- Nenas
- Cili Padi/Cili Merah
- Bawang besar
- Telur rebus
- Limau kasturi (dibelah dua)
- Otak udang (bancuh dgn air panas sket)
Cara2:-
- Masukkan isi ikan, lengkuas, serai, garam> masak bahan2 tersebut sampai mendidih
- Bila kuah telah betul2 masak barulah masukkan cuka (ikut rasa masam), daun kesum, & bunga kantan sket jer .. just nak bagi rasa & bau pada kuah laksa .. lagi best bunga kantan tue dihiris sket utk ditabur masa nak makan
- Hidang bersama kuah laksa panas2 bersama bahan2 hirisan
- Kalau suka boleh makan bersama otak udang yg dibancuh cair bersama air panas sedikit ...
ps : kuah laksa nie selepas dimasak.. rasanya makin lama makin sedap .. jadinya korang masaklah kuah nie awal2 pagie .. bila time malam makan tue .. mmg terasa dah kuahnya meresap semua bahan2
Friday, July 25, 2008 | | 3 Comments
~ Telur Masak Lemak ~
Bahan2:-
- Mula2 panaskan periuk isi air, garam & minyak sket .. tgu air mendidih > masukkan telur sebiji ... tgu smp masak... angkat dan toskan ketepi ...
- Bawang merah 2 ulas, bawang putih seulas, halia, serai, kunyit (dikisar) .. kemudian masukkan ikan bilis sket dlm blender .. blender sekejap jer .. jgn hancur sgt sebagai perasa ..
Cara2:-
- Panaskan periuk > letak minyak utk menumis bahan2 blender > tumis bahan2 smp garing > letak air sket jer > garam > asam keping 1 keping kecik > kalau ada nk letak sayur mcm carrot & kentang bolehla masukkan > biar mendidih > masukkan 1 kotak santan ayam brand yg low -fat > kacau rata samp mendidih > masukkan telur > hirisan tomato > akhir sekali taburkan daun limau purut > siap
Wednesday, July 23, 2008 | | 1 Comments
~ Pizza Maggi ~
1 Bungkus maggi (prncah ape pn xpe, trpulang)
2 biji telur
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis2)
Sosej (dihiris)
Bawang Holland (dicincang halus)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Mayonis, Sos Cili , Sos Tomato
Mozarella Chesse
Oregano
Cara2 : -
- mula2 celur maggi, pastu ketepikan dulu.
- then, pukul telur sehingga agak kembang.
- Masukkan perencah maggi, oregano, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang , bawang serta mee maggi yang dah dicelur tadi.
- Sapukan sos tomato & sos cili atas pizza , tuang mayonis kemudian taburkan mozarella cheese di atasnya .
- Kalau ikut resepi asal kena goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehingga masak. (kalau nk senang, gunakan kuali yang bertangkai) TAPIIIII kita bakar semua bahan nie selama 15-20 minit
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.. sedap..! try la.. selamat mencuba..
Sumber: liyanakmal@iluvislam
Friday, July 18, 2008 | | 4 Comments
Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :-
Ayam-4 ketul dibersihkan
bawang besar 1 biji
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia separuh ibu jari
bawang putih 2 ulas
cili padi 5 biji-ikut le nak pedas camne kan
santan 1 cawan
asam keping 1
carrot,@ tomato
garam secukup rasa
Serai dititik
Akhir skalie letak daun kunyit
Cara2:-
Blendkan bawang besar,bawang putih,cili burung/cili padi,halia,serai,kunyit hidup
Panaskan minyak sket jer ...
Masukkan Ayam ..goreng sket2 ayam tue .agak2 ayam tue dah kekuningan sket x pyh garing sangat.....(kalau x nak goreng ayam tue ..tumis bahan2 blender > masukkan ayam terus>
Masukkan bahan yg di blend tadi ke dalam periuk@kuali yg sama (x pyh angkt ayam tue)
Masukkan kiub ayam
Masukkan asam keping
Masukkan Santan+ Tomato + Daun Kunyit
Masukkan Garam ... Siap
Thursday, July 10, 2008 | | 1 Comments
Ikan Patin Masak Tempoyak
~ 1 ekor ikan patin - bersihkan > lumur kunyit & garam > goreng mcm biasa utk kurangkan bau ikan
~ tumbuk bawang merah 4 biji (setengah org tak letak bawang takut menjejaskan rasa tempoyak) , cili api, kunyit hidup, serai 2 batang - lumurkan pada ikan bersama 3 sudu tempoyak - perapkan selama 10-15 minit
~ ltk air dlm 2-3 cawan ikut kepekatan
~ panaskan periuk .. renihkan masakan ... kacau perlahan .. masukkan garam, perisa
~ bila masakan dah mendidih masukkan daun kunyit, daun kesum, bunga kantan, 2 biji tomato .. siap
Tuesday, July 08, 2008 | | 5 Comments
Tuna Sandwich
Bahan2 :
2 tin TC Boys Tuna - Solid Spring Water
1/2 bawang holland - cincang
2 biji Tomato - cincang
1 ulas cili merah - cincang @ potong halus (make sure buang biji cili tue)
1 biji lemon - diperah
sedikit pepper
sedikit garam
1 buku Roti size besar
Mayonis 2-3 sudu besar
Cara2 :
> Toskan tuna dari tin > basuh tuna dgn air suam dan tos tuna smp betul2 kering > hancurkan tuna dlm bekas guna garfu> perah jus lemon rata ke tuna > kacau > masukkan bawang > tomato > cili > pepper > ltk garam sket > masukkan bancuhan dlm bekas kaca > simpan dlm peti ais (untuk kegunaan esok paginya ) .. kalau sape2 nk mkn terus sandwich nie x pyh simpan dlm fridge .. terus kan gaul ramuan tuna tadi dgn mayonis
> keluarkan tuna dari fridge > barulah digaul dgn mayonis (mayonis jangan letak2 awal .. Irwan advise kalau letak awal2 akan merosakkan rasa tuna tue tadi .. so better mayonis nie letak last skalie) > kacau rata bahan2 tersebut > ambik roti yg dah disapu butter > letakkan ramuan tuna tadi > ok dah siap pun ...
Sunday, July 06, 2008 | | 0 Comments
~ Karipap Ayam IKEA Style ~
½ kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit /garam/serbuk perasa
1 biji telur direbus dan dihiris
Cara2 :
-Uli tepung terlebih dahulu bersama mentega & air garam sampai tidak melekat di tangan.
-Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.
Untuk membuat intinya:
-Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
-Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
-Sedia utk membuat karipap... Canai nipis adunan..Letak diacuan karipap > masukkan inti > letak hirisan telur rebus dan kelimkan acuan karipap tadi ..
- Goreng karipap sehingga kekuningan
Resepi dari Mesra.Net
Saturday, July 05, 2008 | | 0 Comments
~ Ketam Masak Rempah ~
Bahan-Bahan :
Ketam Bunga 1 Kilo
Sedikit air asam jawa
Tumbuk :
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
seulas halia
1 betang serai
Perasa :
Daun kari
1 peket kecil serbuk kari ikan + 1 peket serbuk kari daging (letak lebih pun boleh)
1 kiub ayam
bancuhan air asam jawa
Garam
Cara2 :
-Panaskan minyak > tumis kan bahan2 yg ditumbuk + daun kari sampai wangi
-Masukkan serbuk kari, dan kiub ayam > kacau smp garing
- Tuangkan bancuhan air asam jawa > masukkan garam secukup rasa
- Masak ramuan smp garing
- Akhir sekali masukkan ketam > Kacau rata > masak sehingga kering (ketam betukar warna jd oren) > barulah diangkat
- Siap
Saturday, July 05, 2008 | | 0 Comments
~ Popia Mix ~
Bahan2 :
-Kubis dipotong halus2
- mix vege (sayur campur2 yg frozen tue)
- kiub ayam
- sos tiram
- bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas + halia sket + udang kering (ditumbuk)
- 2 biji telur dipukul
- campuran tepung gandum & air (utk melekatkan kulit popia)
- 1 paket kulit popia
- daun sup atau daun bawang dipotong halus
Cara2 :-
2- Ambik sesudu bancuhan inti yg sudah dimasak tadi > gulung inti bersama kulit popia > lekatkan kulit popia dgn bancuhan tepun gandum tadi
3- Goreng popia sehingga kekuningan ... Siap dimakan bersama Sos Cili Thai... ssooo nyuuummy
Friday, July 04, 2008 | | 0 Comments
~ Bingka Roti Kak Jah ~
pembuka selera time berbuka semalam
Bahan2:
- 10 keping roti
- susu / santan (akak pakai susu full cream)
- 2 bijik telur .. kita guna kuning telur shj .. nk kurangkan bau telur (hahhaha...seimbangkan sukatan ikut suka rasa yer )
- 2 sudu tepung kastard
- 2 sudu butter (cairkan)
- gula secukup rasa
- sedikit esen vanilla
- sedikit kismis (nie kita sajer tambah sendirik)
- carik-carikkan roti tu...kulit jgn buang. ni nak kasi puding tu ada kaler2 coklat sket
- masukkan susu dlm roti. agak2 kasi sampai roti tu lembab secukupnya dah la. jgn byk sgt nanti puding lembik
- masukkan telur, butter, esen vanilla, tepung kastard, gula secukup rasa & kismis. (kak jah nie dia ske manis2 buah sajork)
- kacau2 sampai sebati ..oh ya sapukan keliling kt bhg dalam loyang dgn butter utk mengelakkan adunan bingka melekat plk nanti ..
- bakar atas api kecik selama 40 min. kalu guna oven kena pandai2 ejas okeh!
- susu + tepung kastard 1 sudu + gula + sedikit esen vanilla + garam yg sangattttttlah sedikit okeh! (nak kasik lemak je) dan panaskan atas api sederhana sampai pekat.
ps: Thanks to Kak Jah & Ayumie for this resepi .. ada sket2 yg kita ubah sini sana utk kesesuaian keadaan
Thursday, July 03, 2008 | | 0 Comments
Bihun Goreng Sempoi
Bahan2:-
Bihun cap Tesco jer (korang rendam dgn air biasa)
Cili kering + bawang besar 2 biji + bawang putih 2 ulas + belacan (dikisar)
udang kering
isi ayam, udang.. (bahan2 lain korang nak masukkan pun boleh)
sos tiram
sos ikan
Kiub Ayam
kicap manis
sayur-sayuran (kita guna kubis cina potong halus2 & carrot)
telur 2 biji (digoreng asing hancur2)
Cara2nya :-
1- Panaskan kuali > panaskan minyak > tumis bahan2 yg dikisar tadi sampai wangi & garing > masukkan udang kering > ayam > kiub ayam > garam secukup rasa > kiub ayam > sos tiram > sos ikan > masukkan sayur-sayuran dan kacau ...
2- toskan bihun yang direndam tadi > curahkan rata2 dgn air panas dlm 1-2 saat > toskan kembali > lepas tue korang terus rendam cepat-cepat dengan air paip biasa (tujuannya nak kekalkan rupa bihun tue jgn hancur bila kita masak bihun tue > toskan bihun tadi kemudian masukkan bihun ke dalam kuali
3- Masukkan kicap manis > kacau sampai rata > taburkan daun sup@bawang goreng dan telur goreng hancur sebagai hiasan bila akhir sekali ... SIAP
Thursday, July 03, 2008 | | 1 Comments
Ayam Masak Paprik
AYAM MASAK PAPRIK :-
Bahan2:
ayam dipotong kecil
2 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
kobis bunga
2 helai daun limau purut
3 batang serai (di tumbuk)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap sotong@ikan (Diana add sendiri)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu perahan air limau nipis @ air limau kasturi
** 1 Kiub tom yam + 1 kiub ayam (Diana add sendiri)
Garam taruk sket jer sbb kiub ayam + kiub ayam + kicap ikan@sotong tue dah masin
CARA2:
- Bawang merah, bwg putih , halia, cili kering, lengkuas (dikisar) > panaskan minyak masukkan bahan2 yg dikisar tadie + serai ditumis hingga garing sampai naik bau > kemudian masukkan garam.
- Masukkan sos tiram + sos ikan + sos cili , sos tomato, sos sotong@ikan, untuk memekatkan & menyedapkan kuah paprik. Masukkan ayam > Biarkan hingga masak.
- Taburkan kiub ayam + kiub tomyam.
- Masukkan sayur-sayuran dan kacau sampai rata
Wednesday, July 02, 2008 | | 0 Comments
~ Welcome to Let's Cooking With Love ~
Wednesday, July 02, 2008 | | 0 Comments