Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :-
Ayam-4 ketul dibersihkan
bawang besar 1 biji
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia separuh ibu jari
bawang putih 2 ulas
cili padi 5 biji-ikut le nak pedas camne kan
santan 1 cawan
asam keping 1
carrot,@ tomato
garam secukup rasa
Serai dititik
Akhir skalie letak daun kunyit
Cara2:-
Blendkan bawang besar,bawang putih,cili burung/cili padi,halia,serai,kunyit hidup
Panaskan minyak sket jer ...
Masukkan Ayam ..goreng sket2 ayam tue .agak2 ayam tue dah kekuningan sket x pyh garing sangat.....(kalau x nak goreng ayam tue ..tumis bahan2 blender > masukkan ayam terus>
Masukkan bahan yg di blend tadi ke dalam periuk@kuali yg sama (x pyh angkt ayam tue)
Masukkan kiub ayam
Masukkan asam keping
Masukkan Santan+ Tomato + Daun Kunyit
Masukkan Garam ... Siap
Thursday, July 10, 2008
|
|
You can leave a response
1 comments:
Kalau masak lemak cili api neghori stail tadak tumis2 ... bahan2 & caranya simple sangat :
-Ayam
-kunyit hidup sebesar ibu jari
-cili padi (ikut nak pedas buh lah lebih)
-santan (terpulang nak pekat or nak cair)
-asam keping dalam 1 kpg
-kentang
-garam secukup rasa
-Serai dititik
- daun kunyit or daun limau purut (optional)
cara2nya main campak2:
Masukkan ayam lam periuk pastu buh cili api & kunyit yang dah ditumbuk, masukkan air sikit, masukkan kentang, garam, serai yang dititik & baru bukak api. Tunggu sampai ayam kecut n kentang empuk baru masuk santan & daun kunyit@daun limau purut klo ada. Kacau sampai kuah menggelegak n tutup api. Tujuan santan masuk last sekali pasal tak mo santan tu pecah minyak.
Post a Comment