Bihun Goreng Sempoi

Bahan2:-

Bihun cap Tesco jer (korang rendam dgn air biasa)
Cili kering + bawang besar 2 biji + bawang putih 2 ulas + belacan (dikisar)
udang kering
isi ayam, udang.. (bahan2 lain korang nak masukkan pun boleh)
sos tiram
sos ikan
Kiub Ayam
kicap manis
sayur-sayuran (kita guna kubis cina potong halus2 & carrot)
telur 2 biji (digoreng asing hancur2)

Cara2nya :-

1- Panaskan kuali > panaskan minyak > tumis bahan2 yg dikisar tadi sampai wangi & garing > masukkan udang kering > ayam > kiub ayam > garam secukup rasa > kiub ayam > sos tiram > sos ikan > masukkan sayur-sayuran dan kacau ...

2- toskan bihun yang direndam tadi > curahkan rata2 dgn air panas dlm 1-2 saat > toskan kembali > lepas tue korang terus rendam cepat-cepat dengan air paip biasa (tujuannya nak kekalkan rupa bihun tue jgn hancur bila kita masak bihun tue > toskan bihun tadi kemudian masukkan bihun ke dalam kuali

3- Masukkan kicap manis > kacau sampai rata > taburkan daun sup@bawang goreng dan telur goreng hancur sebagai hiasan bila akhir sekali ... SIAP mrgreen

~ Bihun Goreng Sempoi ~

1 comments:

Anonymous said...

gambar bihun tu mmg tak menyelerakan... hahaha