Bihun Goreng Tom Yam

This resepi from Kak Nina Rizwina

Bihun Goreng TomYam

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
Isi ayam, Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Serai
Bawang merah & bawang putih
Cili Padi
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rendam dahulu bihun di dalam air.
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keping dalam 2-3 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan bihun dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.(Last skalie masukkan daun limau purut)
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

0 comments: