Chicken Chop & Mashed Potato

Dapat idea utk menu malam tadi selepas melawat Fotopages my iron chef he..he.. Mamafami dan Kak Liza .. Tq my Iron Chef .. dari kat ofis lg dah terbayang2 nk mkn chicken chop nie ..he..he Diana ada ubh sket2 resipinya .. untuk dinner mlm tadi diana sertakan salad, carrot, scramble egg , sos thousand island & sos mayonis .. kalau sesaper rajin leh ler add bake beans atau fries ..sure lagi meriah .. selamat mencuba .. nyuummmyyyy ....

Chicken Chop Black Pepper
Bahan Perap :
1 ketul peha ayam @ dada ayam
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk lada hitam
**Perap bahan2 selama 10-15 min

Cara2: salut ayam dg sedikit tepung jagung > celup dgn telur yg telah dipukul > salut dgn serbuk biskut@serbuk roti yg telah dikisar jadi serbuk kasar2 (diana guna biskut kosong yg dikisar) > goreng ayam sehingga kekuningan

Sos Lada Hitam
Bahan2:
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
2 sudu besar marjerin
4-5 sudu besar lada hitam (kisar)
2 sudu besar sos tomato
2 sb kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos BBQ
Kiub Ayam (separuh je)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil bancuhan tepung jagung
Cara2: Panaskan marjerin >Tumis bwg yg dikisar > taruk kiub ayam, segala macam sos > gula dan akhir sekali bancuhan tepung jagung. Siap

Mashed Potato
Kentang dipotong kecil2 > masukkan kiub ayam > garam >rebus kentang hingga empuk. Selepas empuk hancurkan kentang sehingga lumat.Panaskan periuk dengan api yg kecil > masukkan butter 2 sudu besar > susu segar 1/2 cawan > 2 sudu besar lada hitam > masukkan kentang >kacau sehingga sebati. Siap ....

2 comments:

Anonymous said...

People should read this.

SUka SangaT said...

saya sangat terharu tengok blog ni.. dh le lapar, saja cari gambar2makanan best2. tup tup ke blog ni sampainya.

tapi bagus sangat sebab leh belajar masak.. panjang berkatnya tuk pemilik blog ni sbb kongsi ilmu.. lagi2 tuk kesejahteraan hidup berkeluarga..

anyway, minta izin tgk, copy, wat koleksi dan yg sewaktu dgnnya.

thanks a lot..

kuew teow kongfu pekat giler pyoorr nye , ada tak..

hehe.. request lak.