~ Mee Goreng Sempoi ~

arrow Menu berbuka semalam .. sempoi jer .. tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan mee goreng ..

Bahan2 :
Mee
cili kering + bawang merah + bawang putih +sedikit belacan (dikisar)
isi ayam dipotong kecil
kiub ayam
sos ikan
Kicap hitam + kicap kipas manis
sos cili
sos tiram
sayur2 (sawi, kubis, daun sup, tomato)
fishball, fish cake
tauhu bulat (beli tauhu yg dah siap goreng tue .. tinggal potong2 jer )
bawang goreng
telur dadar (digoreng hancur dahulu)

Cara2:
Panaskan kuali > masukkan minyak > masukkan isi ayam > masak smp setengah garing > masukkan bahan2 kisar > kacau sampai garing > masukkan kiub ayam > sos tiram, sos cili , sos ikan> masukkan fishball, fish cake, tauhu > masukkan mee > letak kicap pekat , kicap manis rata2 > masukkan sayur-sayuran > akhir sekali > tabur daun sup, bawang goreng & telur dadar hancur tadi > siap sudah mee goreng sempoi mrgreen

Note : kita tak letak garam sebab sos2 semua tue dah cukup rasa masinnya bagi kiter biggrin

~ Pai Tee ~

arrow haa.. korang pernah try tak resepi nie .. ala kalau selalu pg chicken rice shop sure order pai tee nie ... rupa-rupanyer senang jer nk buat ... sedap makan pai tee nie cicah bersama sos cili ... jom tgk resepi nya mrgreen

arrow Bahan2:

100 gm tepung beras
25 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
1 biji telur
Sedikit serbuk penaik (baking powder)
Air – mengikut kadar kepekatan (x pekat, x cair)

*** Adunkan semua bahan2 di atas dan biarkan selama 30 minit.

Acuan Pie Tee dicelup ke dalam minyak panas (biar hampir tenggelam). Kemudian celupkan acuan ke dalam adunan. Masukkan ke dalam minyak panas dan goncang2 sedikit supaya adunan keluar dari acuan. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

arrow Inti 2 (kita guna cara yg nie .. sempoi jer ... hiris halus2 carrot & salad > campurkan dgn mayonis > gaul rata > isikan dalam acuan pie teebersama sedikit hirisan telur rebus mrgreen

Inti 2:

Sengkuang – dihiris halus panjang
Lobak Merak – dihiris halus panjang
Daun Bawang – dipotong2
1 biji telur
Isi Udang – dipotong kecil2
Sedikit bawang putih
Minyak untuk menumis

Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi udang. Gaul sebentar. Masukkan telur. Kacau cepat supaya telur jadi seperti scrumble egg. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul rata. Angkat. Isikan inti ke dalam acuan pie tee yang telah siap.

~ Kuih Udang ~


arrow Bahan-Bahan:
-Udang Basah
-Tepung gandum
- Serbuk Eno
- Taugeh, Kucai (dipotong2)
- Garam
- Sedikit kunyit utk pewarna

Cara :

- Campurkan tepung gandum, garam, air, sayur-sayuran, kunyit & serbuk eno akhir sekalie .. Perap selama 30 minit hingga adunan naik ... Bulatkan2 adunan .. guna senduk yg bulat > letak udang basah seekor2 > masukkan ke kuali > goreng hingga masak > cucur sedap dimakan dengan sos cili atau sos buatan sendiri mrgreen

Sos buatan sendiri
- Cili kering kisar bersama bawang putih > masukkan bahan ke dalam periuk > air > garam > masak sampai sos betul2 masak > akhir sekali masukkan sedikit gula dan sedikit cuka

~ Kuih Lopes Kak Liza ~

biggrin alahai lamanyer x update resepi ... oklah .. ini salah satu my kuih favourites time bulan puasa nie .. sgt2 senang & simple nak buat yer .. x sempat nk snap gambar semalam mrgreen

Ingredients :

2 cups glutinous rice (washed and soak with a teaspoon of lime water (air kapur) for an hour. Put through a strainer and rinse again)
2 cups coconut milk mixed with a bit of salt
1 cup screwpine leaves juice (jus pandan)
1/2 coconut ~ scraped

Method :

1. Mix all the above ingredients except scraped coconut in a bowl and steam till cooked, about 30 minutes.
2. Once cooked, scoop a heaped tablespoon of the rice and place it on a piece of plastic, on top of a necafe bottle cover. This is considered to be the mould.
3. Cover the rice with the plastic and press to give it a nice shape.
4. Remove the plastic and coat with scraped coconut.
5. Serve with sugar syrup. (masak gula melaka + air sedikit)

arrow Resepi & gambar taken from Iron Chef Mamafami ..TQ my iron chef wink

Kuih Kaswi Kak Liza

arrow Hidangan pencuci mulut 1 ramadhan hari ini.. sangat2 senang dan mudah nak buatnyer ... kita refer resepi Iron Chef > Kak Hanieliza mrgreen


arrow Bahan2 Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah / gula melaka
1 cawan gula pasir
*** Masakkan semua bahan dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur
Kelapa parut (bahagian putih shj)
sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30-35 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

arrowTips nak bagi adunan tue gelap .. taruk kicap sket @ sedikit nescafe utk bagi naik aromanyer mrgreen