Choc Valvet Cupcakes
Resepi :
Red Velvet CupCakes >> Naz79@myresipi.com
Bahan-bahan ( 12 biji )
* Bahan kering
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti) > (next time aku nak letak 2 sudu besar jer)
* Bahan basah
* 2 biji telur
* 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran) > aku guna minyak masak jer
* 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 2 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
* 1 sudu kecil vanilla essence
* 1 sudu kecil cuka putih
* 1 sudu besar pewarna merah
Cream cheese topping
* 125 gm cream cheese
* 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted) + aku tambah masukkan whipping cream kotak dlm setengah cawan .. terbaekkkkkkkkkkkkkk
* 1/2 cawan gula icing + * 2 sudu besar perahan lemon
Cara-cara:
1. Panaskan oven 180 degree celcius > bila cupcakes dah naik lowerkan suhu pada 150 degree .. kalau tak cupcakes korang merekah ..
2. Ayak bahan kering
3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit ...tips tambahan > bila kek dah betul2 masak .. biarkan sebentar dlm oven 10-15 minit ..lps tue baru keluarkan .....
6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping dlm piping beg > hiaskan bila cupcakes yang dah masak tu betul2 sejuk
Tuesday, May 24, 2011 | | 0 Comments